Monday 15 April 2013

Permohonan UPU

Assalamualaikum...

Sape tahu hari ni hari apa, angkat kaki skrg!!! HAHAHA!!! hari ne kalau berdasarkan Kalendar kat umah korangs2 sekalian mmg semestinya hari Isnin.. kalau x same tuu, mgkin korangs bukan berada di Malaysia. Ataupun korangs baru bangun, gosok2 mate ckitt, nmpak kabur2, tu lahh tak nmpak hri Isnin tuu.. *mula dah keMENGARUTness* okeh,okeh! back to the future. ekk? lalala~~~


oriteee!!! SERIOUS >.<  hari ni merupakan hari terakhir untuk membuat permohonan UPU. jap,jap..

Tak tahu UPU tu apaa?? laaaaaaa... okeh,okeh.. meh akak *ohoks, ohoks, terbatuk..haha* , meh Iolls jelaskan kat Uolls yerrr...

UPU (BPKP JPT) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Konvensional/METrO, dan ILKA.  


Maksudnya, kalau koranks ni lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma, atau setaraf dengannya, dan anda ingin memasuki IPTA/Politeknik/ILKA, korangs perlu membuat permohonan melalui UPU ni.. Permohonan UPU ni merupakan permohonan atas talian atau dalam bahasa modennya, ONLINE. kihkihkih :P  kalau nak tahu lebih lanjut, sila KLIK SINI .


Disebabkan Iolls pun salah seorang yg memohon bg kategori Bintang Paling Popular.. ehhh??  oopppsss.. silap.. kuhkuhkuh~ disebabkan Iollss pun salah seorang dari ribuan pelajar yang turut memohon bg kategori lepasan SPM, so, tu yg gatal sangat tangan ni nak post pasal benda nii. Hari ni dah hari terakhir, jd harap2 lah takde sesape yg belum memohon. kalau2 rasa diri tu belum mohon, cepat2 lah pegi mohon, yerr :P


nanti kalau terlepas, menyesal ke hujung nyawa~~~ heishh.. takde, gurau jeww tuu, tp kalau terlepas mmg sah-sah lah akan menyesal.. lagi2 kalau result SPM koranks tu gempak, cantik, tertarik, menarik. kebaaaboomm!!! TETAPI, sebelum memohon tu, kene ade no. unik ID yg boleh dibeli kat BSN dgn harga RM10.60...


Ni hanya sebagai panduan kepada adik2 yg bakal menduduki SPM tahun ni, supaya lepas dah habis SPM tu, laju-laju lah cari info pasal U. nnt dah smpai tarikh nak memohon UPU, takde lahh pening kepala sangat tgk senarai program pengajian yg ditawarkan. Program pengajian yg ditawarkan mmg saaaangaaattt banyak! Oleh sebab itu, buat pilihan yang bijak demi kecemerlangan masa depan anda. *cewaahh.. dah macam iklan* 


ohhh.. dan lagi satu.. sebelum buat permohonan tu, jangan lupa semak kelayakan anda.. semak dulu program apa yang korang layak mohon dan kat Universiti mana.. kalau nak semak kelayakan, Tekan SINI!!!


TIPS :


Ni tips2 sebelum korang memohon UPU tuu yerr:


1. Solat Istikharah. Mohon pada Allah SWT, agar dipermudahkan untuk membuat pilihan. Banyak2 kan berdoa. :D


2. Tanya ibu bapa, abang, akak, saudara-mara, jiran sebelah, taukeh Supermarket (ehh... takde kaitan haha) ... Tanya lah mereka2 ini tentang program yang sesuai untuk anda.. Lebih-lebih lagi, parents korang.. Tanya pendapat mereka yerr.. kerana dalamn setiap pilihan yang kita buat haruslah mendapat keredhaan ibu bapa agar mudah untuk kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.


3. Tanyakan pendapat orang-orang yang berpengalaman... Jangan segan-silu pulak nak bertanya,... karang sesat jalan masa isi UPU tu, sape yang susah, kann... Haaahhh..... Kalau yang ada akak atau abang yang sedang dalam U, tu lebih senang. tanye dorang, minta pendapat dan tunjuk ajar. :D

Selain tu, korang rajin2 kan lah diri untuk bertanya dengan guru kaunseling korang. Diorang kan banyak pengalaman dalam hal-hal begini.. Jadi, jangan lah malu untuk bertanya.. Mesti dorang takkan marah punyaa kalau korang nak tanyaa..

4. Buat senarai kebagusan dan ketidakbagusan korang, atau dalam bahasa Melayu nya, senarai kelebihan dan kekurangan korang. Tengok dulu, korang ni jenis yang macam mana.. Apa yang korang bagus dan apa yang korang tak berape nak bagus.. Lepas tu, search kat Mr. Google kesayangan, kos apa yang sesuai dengan kelebihan dan kekurangan korang tu... InsyaAllah, lebih mudah untuk buat pilihan..


5. Kalau ada pameran2 pendidikan seperti Jom Masuk U, Selangkah Ke UITM, dan lain2, rajin-rajin lah pergi.. Bawak parents sekali. Tanya pada orang2 kat pameran tu apa2 yang anda ingin tahu mengenai IPTA/IPTS yang ada kat Malaysia.. tanye lahh, kos apa yang ditawarkan, cara2 nak dapat biasiswa, syarat2 kelayakan nak masuk sesuatu program, dan apa2 sahaja soalan yang korang memang pening dan tak tahu nak tanye kat mana. better lah korang tanya kat orang2 Universiti tu sendiri kaann..


Okehhh... so, dah pahaamm? kalau masih tak paham, try lahh google dulu mane yg patut yerr.. kan semua kat hujung jari jerrr.. Kahkahkah :P  kbyeee!!!


1 comment:

  1. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    permohonan upu

    Ambil peluang keemasan daripada semakan & permohonan upu online di Malaysia. Awak boleh daftar dan terus berjaya masuk diterima sekarang @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/permohonan-upu

    ReplyDelete

Assalamualaikum :D
Meh komen2 kat sini! :D