Friday 26 April 2013

Result Permohonan Matrikulasi CikDayaaDeliyaa

Assalamualaikum...

Seperti yang aku janjikan kemarin, hehe, aku nak share ngan korang apa result permohonan matrikulasi aku.
Sebelum tu, nak story-mory dulu dengan korunks semua tentang rintangan dan halangan untuk semak result matrikulasi tu.. Haha :P

Okeh, okeh.. Mula-mula, jam 6.30 pagi aku dah terpacak depan PC tunggu result. Lepas tu, masa tengah hari, ade lah orang2 kat FB yang post2 link untuk check result matriks. Ada satu link ni, die tulis, semakan tawaran matrikulasi 2012/2013. Tapi, tahun aku bukan itu, aku 2013/2014. Pastu, dorg kat FB ni pulak kate, walaupun tahun tu tak ngam, tapi kalau masukkan number IC, dah bole check dah. Jadi, aku try laa.. Dan... Jeng, jeng, jeng~~~

Aku dapat tawaran ke matrikulasi! Alhamdulillah :D Tapi, (wehh.. banyak nyerr "tapi" aku hari ni kannn), ada pulak org kata, result sebenar kluar jam 4 petang. Result yang sebelum jam 4 tu, bukan result sebenar.. Sekadar test run... Pastu, ape lagi, serabut lah otak2 para pelajar batch 1995 yang tengah busy check result matriks. Dah tu, jam 4 petang pun tiba.. Masa jam 4 petang, tetiba pulak kata, result matrikulasi ditunda pada 26 april. Lagi lahh kami2 ni naik marah. Ape tak nyaa, dari pagi tunggu, sampaikan ada yang sanggup bangun jam 2-3 pagi nak tunggu result.. Lepas tu, ramai pulak orang kate, dah oke dah.. Takde nya tangguh2 26 april.. Fuhhh... Leganya aku masa tu.. Tapi bila klik link dia, tak dapat pulak nak bukak. Sebab terlalu ramai orang tengah check result diorang jugak kan masa tu.. Macam-macam masalah kan.

Tapi, syukur Alhamdulillah :D  Masa jam 5 lebih, aku check, result aku tak berubah pun.. Aku memang dapat tawaran ke matrikulasi.. Yang lebih menggembirakan ialah sebab ramai kengkawan aku yang sama dapat tawaran jugak.. Tempat yang sama pulak tu. Yahooooooo~~~

Korang nak tahu, aku dpt apa? Aku dpt KML! ehhhh... Apa tu KML? Kamal? Kamil? Kumal?
HAHAHA!!! KML tu ialah, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN :) Aku dapat jurusan sains, program satu tahun.. (^_^) Okey laa. Dah banyak aku tulis ni, *ehhh... banyak kewww??? hokhokhok*
Jadi, sekarang, meh lah layan dulu gambar2 yang aku culik dari Mr. Google, the Ohsem SearchEngine. Hahahahaha :P


Taraaaa!!! KML (>.<)

the previous students of KML, I guess. haha :)

Lecture hall, maybe?? 

Dewan Mutiara, tempat ni lah nanti aku akan register bersama ribuan pelajar lain. :D

Library!

Kolej kediaman @ Asrama

Gelanggang bagi segala gelanggang. Haha!


Orite! Tu je lahh yer.. Nanti kalau aku dah masuk sana, aku ambik gambar banyak2, bagi korang tengok. Haha. Ehhh.. Ade kerr orang sudi tengok blog aku nihh? Hokhokhok.. okey laaaaaaa... Kbyeeeeee!!!

Thursday 25 April 2013

Tak dapat Tingkatan 6 :'(

Assalamualaikum...

Kemarin, bersamaan 24 April 2013, merupakan tarikh di mana para lepasan SPM 2012 (termasuk diriku ini) untuk mengeCHECKkan keputusan tawaran ke tingkatan 6... Untuk masuk ke tingkatan 6 ni takyah mohon, KPM yg tawarkan.. Ade jugak kengkawan yang kata sekolah yang bagi nama kat KPM. Ntah laaa.. Bab yang tu aku tak pasti. Tapi bab yang aku pasti ialah, aku tak dapat tawaran ke tingkatan 6... Huhuhu :'(

Walaupun tingkatan 6 bukanlah 1st atau 2nd choice aku, tp rase rugi laa x dpt masuk.. Kalau dpt, at least ada lahh jugak backup plan kalau2 UPU atau matriks x dpt masuk kann... Hmmmmmmmmm... Tapi mesti ada hikmah kan disebalik ini. InsyaAllah :D

Lepas tu, mase dokk nengok MukaBuku, nmpak laa org cerita2 pasal form 6 ni.. Ade yang kata, kalau tak dpt form 6, besar kemungkinan sebab dah dapat matriks... Keputusan permohonan matrikulasi ni pulak diumumkan hari ni, tapi setakat ni yang aku tengok, kat laman web KPM tu, ade tulisan ni je lahh ~> Cannot connect to Database... Hahaha! Keputusan matrikulasi tu belum dapat nak check lagi laaa... Tak sabo dah ni. Jam 6.30 pagi aku dah terpacak depan PC nak tengok result matriks. Tapi belum kluar2 lagi laaa.. Then ade pulak org kate jam 4 ptg baru keluar.. Hmmmmm... Mungkin laa kot jam 4 baru keluar... Ni yang buat aku nervess nih >.<  Takpe, takpe.. Akan ku setia menanti hingga ke hujung nyawaaaa... ehhh.. dok ehhh... hingga ke hujung 25 april jerrr,, :P

So, korunks doakan laa aku dapat matrikulasi ni yerrr.. Hehehe :) Aku takut jugak kalau2 permohonan UPU aku, takde 1 pun yg aku dpt.. sekurang2 nya, kalau ada matriks, terjamin jugak tempat nak sambung blajar kannnnn... Itu laa yg aku harapkan ni.. kalau pun tak dapat asasi kat IPTA, masuk matrikulasi pun dah kira cukup baik dahh... Okeyy laa... Nanti aku share yerr apa result permohonan matriks aku... hikhikhik :P Kbyeeeee :)

Monday 22 April 2013

Apa itu Asasi, Matrikulasi, Diploma, & STPM

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni nak cerita pasal Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan STPM.
Hahh... Bagi lepasan SPM, memang pening kepala kan kalau nak buat pilihan ni. Antaranya termasuklah aku sendiri. HAHAHA!!! Aku pun pening jugak nak pilih...

Okeh... Back to the topic. Aku just nak bagi penjelasan ringkas je tentang semua benda-benda ni. Aku nak list kan tentang kelebihan dan kekurangan program2 ini.

ASASI IPTA

Program Asasi IPTA ini mengambil masa selama 1 tahun. Antara pilihan asasi yang terdapat kat IPTA di Malaysia ialah, Asasi Sains, Asasi Sains Hayat, Asai Sains Fizikal, Asasi Undang-undang, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL, Asasi Perubatan, Asasi Pergigian, Asasi Farmasi, Asasi Kejururawatan, Asasi Bahasa Arab, dan macam-macam lagi asasi lah. Haha.. Nanti korang Google lah sendiri ekk. :P
Asasi ni jugak under Kementerian Pengajian Tinggi.

Kelebihan :

1. Ditawarkan di banyak Universiti awam dan swasta.
2. Mengambil masa hanya setahun dan lepas tu dah boleh sambung degree.
3. Dapat elaun. Yeahhhhh!!!
4. Pelajar asasi di sesebuah U lebih diberi keutamaan untuk sambung degree di U yang sama juga.

Kekurangan :

1. Susah untuk mendapat tempat.
2. Sijil asasi tidak boleh digunakan untuk mendapat kerja.
3. Jika pointer rendah, susah untuk mendapat program degree yang diingini.
4. Tempoh belajar yang singkat memerlukan komitmen dan kerajianan yang sangat tinggi.


MATRIKULASI

Program matrikulasi pulak under Kementerian Pelajaran Malaysia. Matrikulasi juga mengambil masa selama setahun. Antara pilihan jurusan di matrikulasi ialah jurusan sains, perakaunan, dan teknikal.
Bagi jurusan sains, terdapat 3 modul. Modul 1- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik. Modul 2- Fizik, Kimia, Sains Komputer, Matematik. Modul 3- Biologi, Kimia, Sains Komputer, Matematik.
Dalam matrikulasi ni jugak ada, PST (Program Matrikulasi Satu Tahun) dan PDT (Program Matrikulasi Dua Tahun). PST adalah bagi ketiga-tiga jurusan, manakala PDT hanya ada bagi jurusan sains.
PDT adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan kurang baik tetapi masih ingin memasuki Matrikulasi. PDT juga hanya untuk Bumiputera.
Bagi jurusan Perakaunan, matapelajaran teras ialah, Matematik, Perakaunan, Ekonomi, dan Pengurusan. Bagi jurusan Teknikal pula, matapelajaran terasnya ialah, Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik dan Elektronik.

Kelebihan :

1. Lebih senang untuk mendapat tempat berbanding asasi.
2. Mengambil masa hanya setahun/dua tahun dan boleh terus menyambung degree.
3. Dapat elaun dari kerajaan. Yeaahhhhh!!! hahaha :P
4. Sesuai bagi mereka yang masih belum mengetahui kos apa yang ingin diambil.

Kekurangan :

1. Sijil matrikulasi tidak boleh digunakan untuk mencari kerja.
2. Jika pointer rendah, susah untuk mendapat program degree yang diingini.
3.  Tempoh belajar yang singkat memerlukan komitmen dan kerajianan yang sangat tinggi.
4. Harus bersaing dengan lepasan STPM, Asasi, dan Diploma untuk mendapatkan tempat di U.


DIPLOMA

Program diploma pula mengambil masa selama 3 tahun. Diploma terbuka kepada semua aliran. Terdapat banyak pilihan kos dalam program diploma. Kalau nak tahu kos2 dalam program diploma ni, korang tanya Mr. Google yerr.. :P

Kelebihan :

1. Sijil diploma boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan.
2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi.
3. Banyak minor course, maksudnya lebih banyak yang dapat dipelajari.
4. Lebih selesa untuk belajar sebab tempoh belajar agak lama selama 3 tahun dan kurang stress.

Kekurangan :

1. Tempoh masa yang agak lama iaitu 3 tahun.
2. Tidak ada elaun. Boleh pinjam PTPTN.


TINGKATAN 6/ STPM


Tingkatan 6 mengambil tempoh 1 tahun setengah. Terdapat banyak sekolah yang menawarkan Tingkatan 6.

Kelebihan :

1. Tempoh masa singkat, iaitu 1 tahun setengah.
2. Diiktiraf bagi kemasukan ke banyak universiti seluruh dunia.
3. Sijil STPM boleh digunakan untuk bekerja.

Kekurangan :

1. Pembelajaran lebih susah sehingga dikatakan antara top 5 peperiksaan tersusah di dunia.
2. Suasana pembelajaran seperti di sekolah menengah.


Okey laaa.. Tu je laa kott. hehe. Nanti kalau ada kemusykilan, korang tanyakan orang yang berpengalaman.. Kalau tak pun, tanya je laa Encik Google kesayangan tu. Disebabkan aku ni pun belum lagi sambung mana-mana, so susahlah aku nak terangkan lebih mendalam.. Tapi nanti kalau aku dah sambung belajar, aku akan kongsikan pengalaman aku. >.<
Apa-apa pun pilihan yang kita buat, semuanya memerlukan usaha dan kerajinan.. Tak kira la lama ke, susah ke, semuanya akan jadi senang kalau berusaha kann. Jadi, buatlah pilihan yang bijak yerr. :P  Kbyeee :D

Tuesday 16 April 2013

Kisah Aku dan UPU

Assalamualaikum...

errkkk? UPU lagi? Haaahhhhhh... Memang hari ni pun nak sambung cerita pasal UPU. Tapi kali ni bukan pasal selok-belok memohon UPU, kali ni just nak kongsi pengalaman diri sendiri yang sememangnya tak tahu-menahu pasal menatang UPU ni masa aku kat Form 5 dulu. (DULU?? mcm laa engko tu dah habis form 5 bertahun2 lamanyaa..) okeh, okehh.. Bukan masa aku form 5 DULU, tapi masa aku form 5 tahun lalu. HAHAHA!! Tahun lalu pun kira lama laa jugak kann.. Jadi penggunaan perkataan "dulu" tu kira boleh dimaafkan lah. kuangx3!!!

Kalau aku cakap ni mesti ada Uolls-uolls sekalian yg tak percayaa kannn.. Tapi inilah realiti kehidupan. cehwaaaaahhh.. :P  Kalau nak tahu, sebenarnya banyak, dan maksud aku tu saaaaangaaaaaaaaaatt baanyaaaak lepasan SPM yang tak tahu macam mana nak memohon masuk ke Universiti. Ada aku terbaca komen seseorang, katanya, kawan dia dapat 10a 3b masa kat kampung dulu, pastu, baru2 ni dia pulang ke kampung, dia ingatkan yang kawan dia yg dpt 10a 3b tu dah masuk Universiti yang bagus kerana result dia gempak habiss... Tapi rupa-rupanya, kawan dia tu hanya kerja kilang je kat kampung tuu.. Tak pernah pun kawan dia tu masuk mana2 U.. Bila dia tanya kenapa kawan dia x masuk U, rupa2 nya masa dah abiss form 5 dulu, lepas dah dpt result, kawan dia tu tak tahu macam mana nak mohon U.. Akhirnya, dia pun tolong lah kawan dia tu untuk memohon masuk U melalui permohonan UPU bagi tahun 2013/2014..Mudah-mudahan kawan dia tu dapat lah menjejakkan kaki ke menara gading. Amiinn :)

Aku nak sambung lagi nii.. Ada lg satu ceritaa.. Waahhh.. Banyak cerita aku kann hari ni. HAHAHA!!!
Ada seorang pelajar lepasan SPM datang ke karnival Jom Masuk U, bersama ibunya.. Jadi, diorang anak-beranak ni pun pergi lah bertanya dgn salah seorang yang incharge kat situ.. Soalan yang ibu dia ajukan ialah, dengan keputusan anak dia ni, anak dia layak memohon ke Universiti mana. Jadi, orang yang incharge td pun minta lah slip SPM pelajar tu supaya senang dia nak tengok kelayakan. Bila dia ambil je slip tu dan dia tengok, dia amat-amat terkejut. Pelajar tadi tu rupanya dapat 10A+.. Orang yg incharge td tu ingatkan mereka dua ni saje je nak perli ke ape ke, rupa2 nya mmg pelajar td dengan ibu dia, mmg mereka tak tahu-menahu langsung tentang cara nak memohon ke U nii.. Jadi orang tadi tu pun tolong lah explain kat pelajar tadi dengan ibunya... Nasib baik jugak kan pelajar tu datang ke karnival tuu.,.. Cuba bayangkan, kalau dia x pergi karnival tu, memang dia akan terlepas untuk memohon ke IPTA.. Rugi nyerrrr... fuhhhhhhhh... Nasib baik diorang bertanya kann.. kalau tak, mesti dah sesat jalan. ehhhh?? keluar terus peribahasa. Kahkahkah...

PENGALAMAN AKU

Dah cukup dah dengan pengalaman orang lain, Iolls nak sambung pulak dengan pengalaman Iolls sendiri.. Walaupun aku tinggal kat bandar, sekolah kat bandar, dah tahu gunakan internet sejak aku sekolah rendah lagi, still aku boleh tak tahu pasal cara nk memohon U nii.. Haahhhh... Ini lah bukti kecetekan ilmu ku. lalala~~~ okeh, okehh... sambung cerita yerrr... Masa aku form 5, perkara yang aku tahu hanya lah Matrikulasi dan Foundation. Lagi satu, parents aku memang menggalakkan aku masuk ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) dari dulu lagi sebab dekat dengan rumah.. Takyah gi jauh2.. Tapi, lepas tu, baru lah kami tahu yang lepasan SPM x boleh nak terus masuk UMS ni,.. Orang kata, kalau nak masuk UMS, kene masuk Matrikulasi kat Labuan terlebih dahulu selama setahun.. Then, baru lah boleh sambung buat diploma kat UMS. Hahhh... Tengok tu.. Lagi satu bukti kecetekan pengetahuan aku pasal U ni kann.. Boleh pulak aku ingat yang kene masuk matrikulasi setahun, pastu baru boleh buat diploma kat UMS. Heisshhh... Ape lahh aku niii =.=  dah lah masuk Matrikulasi setahun, pastu boleh pulak aku nak buat diploma lagi. hahaha!!! gelakkan aku, KAHKAHKAH.. gelakkan aku lagi, KAHKAHKAH!!!
Lepas tu, bila orang sebut pasal foundation, masa tu aku tak tahu pun foundation tu asasi. Grrrrrrr.. lagi satu kecetekan pengetahuan aku kann... Bila orang sebut foundation, dalam kepala otak aku, keluar perkataan "SUSAH".. Pastu, bile orang sebut pasal Matrikulasi, dalam kepala otak aku keluar pulak perkataan "LABUAN".  Sebabnya ape, kawan2 aku dulu semua cakap yang foundation tu susahhh... lepastu, kalau sebut matrikulasi je, mesti cakap pasal kat labuan.. sampaikan aku ingat yang matrikulasi tu UMS... rupa-rupanya, matrikulasi tu ade di seluruh negara...

Masa permohonan matrikulasi dibuka tahun lalu, aku langsung tak tau ape2.. Nasib baik jugak cikgu aku ade buat pengumuman pasal tu.. lepastu, kawan2 kelas aku pun sibuk cerita pasal memohon matrikulasi tuu.. Masa tu lahh baru aku tahu yang kalau nak masuk matrikulasi, kene mohon Online.. lepastu lagii, baru aku tahu yang, kalau nak isi borang permohonan tu, kene beli no. unik ID kat BSN... nasib baik jugak classmate aku sibuk2 cerita pasal bende ni, kalau tak, gerenti aku dah terlepas dah untuk memohon...

Lepas dah habis SPM, aku pun mula lah menanam anggur atau dalam erti kata lain, mengANGGUR kat umah. hahaha.. Masa ni aku memang tak tau pulak cara-cara nak memohon masuk ke U. dalam otak aku, aku ingatkan yang, kalau nak mohon masuk U, kene mohon terus kat U tu.. Dan masa ni lah, baru aku sedar kelebihan mempunyai akaun sosial FACEBOOK. Sebabnya, mase aku tengok2 facebook, aku pun ternampaklah orang2 post pasal UPU.. masa tu aku blurr jugak, kenapa orang dok sibuk cakap pasal UPU nii.. Jadinya, aku pun tanya lah kat kawan aku.. Kawan aku tu pun tak tau mengenai UPU nii.. Last-last, kitorang pegi tanya kat Mr. Google... Haaaaahhhh!!! Baru lahh kitorang tahu yang kalau nak mohon masuk Universiti awam/IPTA, untuk program diploma atau asasi, kene mohon melalui UPU nii... fuhhhhhhhh... Banyak jugak bende yang aku memang tak tahu kann.. kurang betul pengetahuan am aku... -.-
Pada ketika itu jugalah aku tahu yang, kalau dah masuk matrikulasi, takyah lagi ambil diploma, trus boleh buat degree kat U. Dan time tu jugak aku tahu yang lepasan SPM boleh je masuk terus ke UMS, takyah pun ambil matriks.. Tapi kalau nak masuk ke UMS terus, kene lah ambil program Asasi. sebabnya, kat UMS ni, takde program diploma...


Kesimpulannya, korang tengok kann, orang yang kat bandar, dah tahu guna internet bertahun-tahun pun boleh tak tau pasal cara-cara nak memohon masuk ke Matrikulasi dan IPTA, apatah lagi bagi para pelajar luar bandar... Aku rasa lah kan, perkara ni macam kurang diberi pendedahan.. Memang lah pelajar kat luar bandar pun dah mahir guna internet, dah ada laptop sendiri, tapi masalahnya, kekadang kita still kurang pengetahuan tentang IPTA ni... Lebih-lebih lagi, bila semua pameran pendidikan mengenai IPTA dan IPTS ni diadakan di kawasan bandar je.. Jarak dari kawasan luar bandar tu nak ke pameran tak ke jauh tu.. lagipun, kalau ade pameran2 begini, selalunya pelajar2 kat bandar je yg tahu.. bila tnya kat pelajar luar bandar, mereka langsung tak tahu yang pameran tu diadakan... ish, ish, ishhh...

Cadangan aku lah kan, buat lah iklan kat TV tentang cara-cara memohon matrikulasi dan IPTA ni... Ni tak, iklan-iklan yang entah pape ntah, balik2 pulak disiarkan dalam TV.. Sekali-sekala, lepas dah habis SPM tu, keluarkan lah pulak iklan tentang cara-cara nak mohon sambung belajar kannn...

Paling tak pun, sekolah2 buat lah ceramah tentang cara-cara membuat permohonan sambung belajar ke IPTA, IPTS, ataupun ke luar negara... Selalunya, orang2 yang datang ke sekolah aku untuk buat pameran pendidikan, tak pernah pulak diorang beritahu tentang kat mana nak isi borang permohonan semuaa.. Balik2 cerita pasal, kos ni bagus, kalau masuk U ni bagus, blablabla... Memang lah bagus, tapi kalau pelajar tak tahu macam mana nak memohon masuk ke U tu, ape yang bagusnyaaa...

Okeh, okeh.. Dah-dah la tu cik Dayaa oiii.. Dah panjang dah engko tu melalut pasal itu, pasal ini.. Okey laa.. Sampai sini je lahh entri aku pasal ni.. Kalau korang ada saudara-mara yang tak tahu tentang cara nak memohon sambung belajar ni, korang tolong2 la diorang yerr.. Hehe... Sebab memang banyak pelajar yang cemerlang tapi tak sambung belajar. Rugi kaann... So, tolong-menolong yerrr... Kbyeee :D

Monday 15 April 2013

Permohonan UPU

Assalamualaikum...

Sape tahu hari ni hari apa, angkat kaki skrg!!! HAHAHA!!! hari ne kalau berdasarkan Kalendar kat umah korangs2 sekalian mmg semestinya hari Isnin.. kalau x same tuu, mgkin korangs bukan berada di Malaysia. Ataupun korangs baru bangun, gosok2 mate ckitt, nmpak kabur2, tu lahh tak nmpak hri Isnin tuu.. *mula dah keMENGARUTness* okeh,okeh! back to the future. ekk? lalala~~~


oriteee!!! SERIOUS >.<  hari ni merupakan hari terakhir untuk membuat permohonan UPU. jap,jap..

Tak tahu UPU tu apaa?? laaaaaaa... okeh,okeh.. meh akak *ohoks, ohoks, terbatuk..haha* , meh Iolls jelaskan kat Uolls yerrr...

UPU (BPKP JPT) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Konvensional/METrO, dan ILKA.  


Maksudnya, kalau koranks ni lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma, atau setaraf dengannya, dan anda ingin memasuki IPTA/Politeknik/ILKA, korangs perlu membuat permohonan melalui UPU ni.. Permohonan UPU ni merupakan permohonan atas talian atau dalam bahasa modennya, ONLINE. kihkihkih :P  kalau nak tahu lebih lanjut, sila KLIK SINI .


Disebabkan Iolls pun salah seorang yg memohon bg kategori Bintang Paling Popular.. ehhh??  oopppsss.. silap.. kuhkuhkuh~ disebabkan Iollss pun salah seorang dari ribuan pelajar yang turut memohon bg kategori lepasan SPM, so, tu yg gatal sangat tangan ni nak post pasal benda nii. Hari ni dah hari terakhir, jd harap2 lah takde sesape yg belum memohon. kalau2 rasa diri tu belum mohon, cepat2 lah pegi mohon, yerr :P


nanti kalau terlepas, menyesal ke hujung nyawa~~~ heishh.. takde, gurau jeww tuu, tp kalau terlepas mmg sah-sah lah akan menyesal.. lagi2 kalau result SPM koranks tu gempak, cantik, tertarik, menarik. kebaaaboomm!!! TETAPI, sebelum memohon tu, kene ade no. unik ID yg boleh dibeli kat BSN dgn harga RM10.60...


Ni hanya sebagai panduan kepada adik2 yg bakal menduduki SPM tahun ni, supaya lepas dah habis SPM tu, laju-laju lah cari info pasal U. nnt dah smpai tarikh nak memohon UPU, takde lahh pening kepala sangat tgk senarai program pengajian yg ditawarkan. Program pengajian yg ditawarkan mmg saaaangaaattt banyak! Oleh sebab itu, buat pilihan yang bijak demi kecemerlangan masa depan anda. *cewaahh.. dah macam iklan* 


ohhh.. dan lagi satu.. sebelum buat permohonan tu, jangan lupa semak kelayakan anda.. semak dulu program apa yang korang layak mohon dan kat Universiti mana.. kalau nak semak kelayakan, Tekan SINI!!!


TIPS :


Ni tips2 sebelum korang memohon UPU tuu yerr:


1. Solat Istikharah. Mohon pada Allah SWT, agar dipermudahkan untuk membuat pilihan. Banyak2 kan berdoa. :D


2. Tanya ibu bapa, abang, akak, saudara-mara, jiran sebelah, taukeh Supermarket (ehh... takde kaitan haha) ... Tanya lah mereka2 ini tentang program yang sesuai untuk anda.. Lebih-lebih lagi, parents korang.. Tanya pendapat mereka yerr.. kerana dalamn setiap pilihan yang kita buat haruslah mendapat keredhaan ibu bapa agar mudah untuk kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.


3. Tanyakan pendapat orang-orang yang berpengalaman... Jangan segan-silu pulak nak bertanya,... karang sesat jalan masa isi UPU tu, sape yang susah, kann... Haaahhh..... Kalau yang ada akak atau abang yang sedang dalam U, tu lebih senang. tanye dorang, minta pendapat dan tunjuk ajar. :D

Selain tu, korang rajin2 kan lah diri untuk bertanya dengan guru kaunseling korang. Diorang kan banyak pengalaman dalam hal-hal begini.. Jadi, jangan lah malu untuk bertanya.. Mesti dorang takkan marah punyaa kalau korang nak tanyaa..

4. Buat senarai kebagusan dan ketidakbagusan korang, atau dalam bahasa Melayu nya, senarai kelebihan dan kekurangan korang. Tengok dulu, korang ni jenis yang macam mana.. Apa yang korang bagus dan apa yang korang tak berape nak bagus.. Lepas tu, search kat Mr. Google kesayangan, kos apa yang sesuai dengan kelebihan dan kekurangan korang tu... InsyaAllah, lebih mudah untuk buat pilihan..


5. Kalau ada pameran2 pendidikan seperti Jom Masuk U, Selangkah Ke UITM, dan lain2, rajin-rajin lah pergi.. Bawak parents sekali. Tanya pada orang2 kat pameran tu apa2 yang anda ingin tahu mengenai IPTA/IPTS yang ada kat Malaysia.. tanye lahh, kos apa yang ditawarkan, cara2 nak dapat biasiswa, syarat2 kelayakan nak masuk sesuatu program, dan apa2 sahaja soalan yang korang memang pening dan tak tahu nak tanye kat mana. better lah korang tanya kat orang2 Universiti tu sendiri kaann..


Okehhh... so, dah pahaamm? kalau masih tak paham, try lahh google dulu mane yg patut yerr.. kan semua kat hujung jari jerrr.. Kahkahkah :P  kbyeee!!!


Sunday 14 April 2013

Suatu Permulaan Baru

Assalamualaikum.

jap,jap.. gelak dulu. KAHKAHKAH!!! ape lah motipp tajuk tu?? permulaan? dah tua2 baru nak permulaan. ohok,ohok.. *tersedak japp.* sebenarnya, permulaan buat blog, saje nak bagi gempak ckit tajuk. hukhukhuk (*^*)   ehhhhhhhhhhhhhhh.. jgn jelessss tauuu >.< 
tak tau apa nak tulis. tu je lah kott.. saje nak inform kat dunia yg... Iollss dah ade BLOG!!! Uolls jgn jelessss :P  hehehe