Tuesday, 16 April 2013

Kisah Aku dan UPU

Assalamualaikum...

errkkk? UPU lagi? Haaahhhhhh... Memang hari ni pun nak sambung cerita pasal UPU. Tapi kali ni bukan pasal selok-belok memohon UPU, kali ni just nak kongsi pengalaman diri sendiri yang sememangnya tak tahu-menahu pasal menatang UPU ni masa aku kat Form 5 dulu. (DULU?? mcm laa engko tu dah habis form 5 bertahun2 lamanyaa..) okeh, okehh.. Bukan masa aku form 5 DULU, tapi masa aku form 5 tahun lalu. HAHAHA!! Tahun lalu pun kira lama laa jugak kann.. Jadi penggunaan perkataan "dulu" tu kira boleh dimaafkan lah. kuangx3!!!

Kalau aku cakap ni mesti ada Uolls-uolls sekalian yg tak percayaa kannn.. Tapi inilah realiti kehidupan. cehwaaaaahhh.. :P  Kalau nak tahu, sebenarnya banyak, dan maksud aku tu saaaaangaaaaaaaaaatt baanyaaaak lepasan SPM yang tak tahu macam mana nak memohon masuk ke Universiti. Ada aku terbaca komen seseorang, katanya, kawan dia dapat 10a 3b masa kat kampung dulu, pastu, baru2 ni dia pulang ke kampung, dia ingatkan yang kawan dia yg dpt 10a 3b tu dah masuk Universiti yang bagus kerana result dia gempak habiss... Tapi rupa-rupanya, kawan dia tu hanya kerja kilang je kat kampung tuu.. Tak pernah pun kawan dia tu masuk mana2 U.. Bila dia tanya kenapa kawan dia x masuk U, rupa2 nya masa dah abiss form 5 dulu, lepas dah dpt result, kawan dia tu tak tahu macam mana nak mohon U.. Akhirnya, dia pun tolong lah kawan dia tu untuk memohon masuk U melalui permohonan UPU bagi tahun 2013/2014..Mudah-mudahan kawan dia tu dapat lah menjejakkan kaki ke menara gading. Amiinn :)

Aku nak sambung lagi nii.. Ada lg satu ceritaa.. Waahhh.. Banyak cerita aku kann hari ni. HAHAHA!!!
Ada seorang pelajar lepasan SPM datang ke karnival Jom Masuk U, bersama ibunya.. Jadi, diorang anak-beranak ni pun pergi lah bertanya dgn salah seorang yang incharge kat situ.. Soalan yang ibu dia ajukan ialah, dengan keputusan anak dia ni, anak dia layak memohon ke Universiti mana. Jadi, orang yang incharge td pun minta lah slip SPM pelajar tu supaya senang dia nak tengok kelayakan. Bila dia ambil je slip tu dan dia tengok, dia amat-amat terkejut. Pelajar tadi tu rupanya dapat 10A+.. Orang yg incharge td tu ingatkan mereka dua ni saje je nak perli ke ape ke, rupa2 nya mmg pelajar td dengan ibu dia, mmg mereka tak tahu-menahu langsung tentang cara nak memohon ke U nii.. Jadi orang tadi tu pun tolong lah explain kat pelajar tadi dengan ibunya... Nasib baik jugak kan pelajar tu datang ke karnival tuu.,.. Cuba bayangkan, kalau dia x pergi karnival tu, memang dia akan terlepas untuk memohon ke IPTA.. Rugi nyerrrr... fuhhhhhhhh... Nasib baik diorang bertanya kann.. kalau tak, mesti dah sesat jalan. ehhhh?? keluar terus peribahasa. Kahkahkah...

PENGALAMAN AKU

Dah cukup dah dengan pengalaman orang lain, Iolls nak sambung pulak dengan pengalaman Iolls sendiri.. Walaupun aku tinggal kat bandar, sekolah kat bandar, dah tahu gunakan internet sejak aku sekolah rendah lagi, still aku boleh tak tahu pasal cara nk memohon U nii.. Haahhhh... Ini lah bukti kecetekan ilmu ku. lalala~~~ okeh, okehh... sambung cerita yerrr... Masa aku form 5, perkara yang aku tahu hanya lah Matrikulasi dan Foundation. Lagi satu, parents aku memang menggalakkan aku masuk ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) dari dulu lagi sebab dekat dengan rumah.. Takyah gi jauh2.. Tapi, lepas tu, baru lah kami tahu yang lepasan SPM x boleh nak terus masuk UMS ni,.. Orang kata, kalau nak masuk UMS, kene masuk Matrikulasi kat Labuan terlebih dahulu selama setahun.. Then, baru lah boleh sambung buat diploma kat UMS. Hahhh... Tengok tu.. Lagi satu bukti kecetekan pengetahuan aku pasal U ni kann.. Boleh pulak aku ingat yang kene masuk matrikulasi setahun, pastu baru boleh buat diploma kat UMS. Heisshhh... Ape lahh aku niii =.=  dah lah masuk Matrikulasi setahun, pastu boleh pulak aku nak buat diploma lagi. hahaha!!! gelakkan aku, KAHKAHKAH.. gelakkan aku lagi, KAHKAHKAH!!!
Lepas tu, bila orang sebut pasal foundation, masa tu aku tak tahu pun foundation tu asasi. Grrrrrrr.. lagi satu kecetekan pengetahuan aku kann... Bila orang sebut foundation, dalam kepala otak aku, keluar perkataan "SUSAH".. Pastu, bile orang sebut pasal Matrikulasi, dalam kepala otak aku keluar pulak perkataan "LABUAN".  Sebabnya ape, kawan2 aku dulu semua cakap yang foundation tu susahhh... lepastu, kalau sebut matrikulasi je, mesti cakap pasal kat labuan.. sampaikan aku ingat yang matrikulasi tu UMS... rupa-rupanya, matrikulasi tu ade di seluruh negara...

Masa permohonan matrikulasi dibuka tahun lalu, aku langsung tak tau ape2.. Nasib baik jugak cikgu aku ade buat pengumuman pasal tu.. lepastu, kawan2 kelas aku pun sibuk cerita pasal memohon matrikulasi tuu.. Masa tu lahh baru aku tahu yang kalau nak masuk matrikulasi, kene mohon Online.. lepastu lagii, baru aku tahu yang, kalau nak isi borang permohonan tu, kene beli no. unik ID kat BSN... nasib baik jugak classmate aku sibuk2 cerita pasal bende ni, kalau tak, gerenti aku dah terlepas dah untuk memohon...

Lepas dah habis SPM, aku pun mula lah menanam anggur atau dalam erti kata lain, mengANGGUR kat umah. hahaha.. Masa ni aku memang tak tau pulak cara-cara nak memohon masuk ke U. dalam otak aku, aku ingatkan yang, kalau nak mohon masuk U, kene mohon terus kat U tu.. Dan masa ni lah, baru aku sedar kelebihan mempunyai akaun sosial FACEBOOK. Sebabnya, mase aku tengok2 facebook, aku pun ternampaklah orang2 post pasal UPU.. masa tu aku blurr jugak, kenapa orang dok sibuk cakap pasal UPU nii.. Jadinya, aku pun tanya lah kat kawan aku.. Kawan aku tu pun tak tau mengenai UPU nii.. Last-last, kitorang pegi tanya kat Mr. Google... Haaaaahhhh!!! Baru lahh kitorang tahu yang kalau nak mohon masuk Universiti awam/IPTA, untuk program diploma atau asasi, kene mohon melalui UPU nii... fuhhhhhhhh... Banyak jugak bende yang aku memang tak tahu kann.. kurang betul pengetahuan am aku... -.-
Pada ketika itu jugalah aku tahu yang, kalau dah masuk matrikulasi, takyah lagi ambil diploma, trus boleh buat degree kat U. Dan time tu jugak aku tahu yang lepasan SPM boleh je masuk terus ke UMS, takyah pun ambil matriks.. Tapi kalau nak masuk ke UMS terus, kene lah ambil program Asasi. sebabnya, kat UMS ni, takde program diploma...


Kesimpulannya, korang tengok kann, orang yang kat bandar, dah tahu guna internet bertahun-tahun pun boleh tak tau pasal cara-cara nak memohon masuk ke Matrikulasi dan IPTA, apatah lagi bagi para pelajar luar bandar... Aku rasa lah kan, perkara ni macam kurang diberi pendedahan.. Memang lah pelajar kat luar bandar pun dah mahir guna internet, dah ada laptop sendiri, tapi masalahnya, kekadang kita still kurang pengetahuan tentang IPTA ni... Lebih-lebih lagi, bila semua pameran pendidikan mengenai IPTA dan IPTS ni diadakan di kawasan bandar je.. Jarak dari kawasan luar bandar tu nak ke pameran tak ke jauh tu.. lagipun, kalau ade pameran2 begini, selalunya pelajar2 kat bandar je yg tahu.. bila tnya kat pelajar luar bandar, mereka langsung tak tahu yang pameran tu diadakan... ish, ish, ishhh...

Cadangan aku lah kan, buat lah iklan kat TV tentang cara-cara memohon matrikulasi dan IPTA ni... Ni tak, iklan-iklan yang entah pape ntah, balik2 pulak disiarkan dalam TV.. Sekali-sekala, lepas dah habis SPM tu, keluarkan lah pulak iklan tentang cara-cara nak mohon sambung belajar kannn...

Paling tak pun, sekolah2 buat lah ceramah tentang cara-cara membuat permohonan sambung belajar ke IPTA, IPTS, ataupun ke luar negara... Selalunya, orang2 yang datang ke sekolah aku untuk buat pameran pendidikan, tak pernah pulak diorang beritahu tentang kat mana nak isi borang permohonan semuaa.. Balik2 cerita pasal, kos ni bagus, kalau masuk U ni bagus, blablabla... Memang lah bagus, tapi kalau pelajar tak tahu macam mana nak memohon masuk ke U tu, ape yang bagusnyaaa...

Okeh, okeh.. Dah-dah la tu cik Dayaa oiii.. Dah panjang dah engko tu melalut pasal itu, pasal ini.. Okey laa.. Sampai sini je lahh entri aku pasal ni.. Kalau korang ada saudara-mara yang tak tahu tentang cara nak memohon sambung belajar ni, korang tolong2 la diorang yerr.. Hehe... Sebab memang banyak pelajar yang cemerlang tapi tak sambung belajar. Rugi kaann... So, tolong-menolong yerrr... Kbyeee :D

8 comments:

  1. haii.. salam kenal..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hai.. Salam kenal juga :D
    okeh, dah follow dua2 blog.. :D

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang menarik,salam sukses

    ReplyDelete
  4. Cikgu dekat sekolah saya ada cerita pasal upu semua ni. Lagi satu, masa buletin utama ada je la iklan dekat bawah tu pasal permohonan matrikulasi, upu dan sebagainya. Tu la tak tengok berita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana cara jika terlepas membeli no pin n memohon online

      Delete
  5. To anonymous kat atas nie....Klau trlepas, kena mohon utk next year.fyi,tahun nie due date:april.x ingat berape hb.tanya mr.google.
    Upu x semestinya lepasan spm n stpm that year.boley jer yg dah 2/3 tahun lepas.Klau silap,tolong tunjukkan..maaf

    ReplyDelete
  6. Bhahaha... Tu lahh... Saye punn x tahu sbenarnye.. Last2 tnye aunty google jugak. Terkejut nyee bile tahu tarikh mohon matrik da tutup.. Skang tengah tunggu nasib nak apply asasi la pulak... Harap boleh.. Amiin

    ReplyDelete
  7. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    semakan upu

    Melihat Untuk yang semakan upu di malaysia. Myupu kongsikan informasi dan panduan bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma & Matrikulasi.

    Visit Now - http://myupu.co/semakan-upu

    ReplyDelete

Assalamualaikum :D
Meh komen2 kat sini! :D