Monday 22 April 2013

Apa itu Asasi, Matrikulasi, Diploma, & STPM

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni nak cerita pasal Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan STPM.
Hahh... Bagi lepasan SPM, memang pening kepala kan kalau nak buat pilihan ni. Antaranya termasuklah aku sendiri. HAHAHA!!! Aku pun pening jugak nak pilih...

Okeh... Back to the topic. Aku just nak bagi penjelasan ringkas je tentang semua benda-benda ni. Aku nak list kan tentang kelebihan dan kekurangan program2 ini.

ASASI IPTA

Program Asasi IPTA ini mengambil masa selama 1 tahun. Antara pilihan asasi yang terdapat kat IPTA di Malaysia ialah, Asasi Sains, Asasi Sains Hayat, Asai Sains Fizikal, Asasi Undang-undang, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL, Asasi Perubatan, Asasi Pergigian, Asasi Farmasi, Asasi Kejururawatan, Asasi Bahasa Arab, dan macam-macam lagi asasi lah. Haha.. Nanti korang Google lah sendiri ekk. :P
Asasi ni jugak under Kementerian Pengajian Tinggi.

Kelebihan :

1. Ditawarkan di banyak Universiti awam dan swasta.
2. Mengambil masa hanya setahun dan lepas tu dah boleh sambung degree.
3. Dapat elaun. Yeahhhhh!!!
4. Pelajar asasi di sesebuah U lebih diberi keutamaan untuk sambung degree di U yang sama juga.

Kekurangan :

1. Susah untuk mendapat tempat.
2. Sijil asasi tidak boleh digunakan untuk mendapat kerja.
3. Jika pointer rendah, susah untuk mendapat program degree yang diingini.
4. Tempoh belajar yang singkat memerlukan komitmen dan kerajianan yang sangat tinggi.


MATRIKULASI

Program matrikulasi pulak under Kementerian Pelajaran Malaysia. Matrikulasi juga mengambil masa selama setahun. Antara pilihan jurusan di matrikulasi ialah jurusan sains, perakaunan, dan teknikal.
Bagi jurusan sains, terdapat 3 modul. Modul 1- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik. Modul 2- Fizik, Kimia, Sains Komputer, Matematik. Modul 3- Biologi, Kimia, Sains Komputer, Matematik.
Dalam matrikulasi ni jugak ada, PST (Program Matrikulasi Satu Tahun) dan PDT (Program Matrikulasi Dua Tahun). PST adalah bagi ketiga-tiga jurusan, manakala PDT hanya ada bagi jurusan sains.
PDT adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan kurang baik tetapi masih ingin memasuki Matrikulasi. PDT juga hanya untuk Bumiputera.
Bagi jurusan Perakaunan, matapelajaran teras ialah, Matematik, Perakaunan, Ekonomi, dan Pengurusan. Bagi jurusan Teknikal pula, matapelajaran terasnya ialah, Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik dan Elektronik.

Kelebihan :

1. Lebih senang untuk mendapat tempat berbanding asasi.
2. Mengambil masa hanya setahun/dua tahun dan boleh terus menyambung degree.
3. Dapat elaun dari kerajaan. Yeaahhhhh!!! hahaha :P
4. Sesuai bagi mereka yang masih belum mengetahui kos apa yang ingin diambil.

Kekurangan :

1. Sijil matrikulasi tidak boleh digunakan untuk mencari kerja.
2. Jika pointer rendah, susah untuk mendapat program degree yang diingini.
3.  Tempoh belajar yang singkat memerlukan komitmen dan kerajianan yang sangat tinggi.
4. Harus bersaing dengan lepasan STPM, Asasi, dan Diploma untuk mendapatkan tempat di U.


DIPLOMA

Program diploma pula mengambil masa selama 3 tahun. Diploma terbuka kepada semua aliran. Terdapat banyak pilihan kos dalam program diploma. Kalau nak tahu kos2 dalam program diploma ni, korang tanya Mr. Google yerr.. :P

Kelebihan :

1. Sijil diploma boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan.
2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi.
3. Banyak minor course, maksudnya lebih banyak yang dapat dipelajari.
4. Lebih selesa untuk belajar sebab tempoh belajar agak lama selama 3 tahun dan kurang stress.

Kekurangan :

1. Tempoh masa yang agak lama iaitu 3 tahun.
2. Tidak ada elaun. Boleh pinjam PTPTN.


TINGKATAN 6/ STPM


Tingkatan 6 mengambil tempoh 1 tahun setengah. Terdapat banyak sekolah yang menawarkan Tingkatan 6.

Kelebihan :

1. Tempoh masa singkat, iaitu 1 tahun setengah.
2. Diiktiraf bagi kemasukan ke banyak universiti seluruh dunia.
3. Sijil STPM boleh digunakan untuk bekerja.

Kekurangan :

1. Pembelajaran lebih susah sehingga dikatakan antara top 5 peperiksaan tersusah di dunia.
2. Suasana pembelajaran seperti di sekolah menengah.


Okey laaa.. Tu je laa kott. hehe. Nanti kalau ada kemusykilan, korang tanyakan orang yang berpengalaman.. Kalau tak pun, tanya je laa Encik Google kesayangan tu. Disebabkan aku ni pun belum lagi sambung mana-mana, so susahlah aku nak terangkan lebih mendalam.. Tapi nanti kalau aku dah sambung belajar, aku akan kongsikan pengalaman aku. >.<
Apa-apa pun pilihan yang kita buat, semuanya memerlukan usaha dan kerajinan.. Tak kira la lama ke, susah ke, semuanya akan jadi senang kalau berusaha kann. Jadi, buatlah pilihan yang bijak yerr. :P  Kbyeee :D

7 comments:

  1. Saya suka posting yang ada dalam blog ini. Sukses ya buat blognya
    sedikit mau share aja
    Klik di bayarDibayar

    ReplyDelete
  2. Thanks alot . this enry surely help me

    ReplyDelete
  3. postingannya sangat bagus. sukses terus

    ReplyDelete
  4. As-Salam Sis. anak akk spm this year and ambil LK (Lukisan Kesenian) ada Fizik and Kimia. Just nak tahu biasanya apakah langkah tuju yang perlu diambil dan kesuaian dimana.. ipta, matrikulasi @ stpm. Tksh

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum :D
Meh komen2 kat sini! :D